Subscribe to RSS feed

09 March 2011

Aku Fikir Segalanya Senang dan Mudah

bila semuanya datang dalam masa yang sama,
bila semuanya hadir di depan kepala,
bila semuanya mula menyemak mata,
bila semuanya entah ke mana,
aku mula sedar.

bila masa mula tinggalkan aku,
bila rasa mula hadir pada ku,
bila tiada lagi lapang ku.

aku buntu.
aku mahu jatuh.

apakah bila aku ingin laku mustahil,
mustahil kah aku?

apa aku tamak?
apa aku syukurnya tidak?
apa aku realistiknya tidak?
apa aku fikirnya tidak?

bukan.

aku inginnya tinggi.
apalagi angannya, mustahilnya tinggi!

orang bilang angan tinggi itu mesti,
orang bilang semuanya harus tinggi.

aku hampir jatuh.
aku hampir tak mampu berdiri.
asa ku hampir putus.
hampir.
hampir.
hampir.


~bila niat dan angan yang melampau-lampau di batasi kudrat yang serapuh aku, tuhan, aku perlu kekuatan untuk teruskan apa yang aku mulakan~

2 love notes:

dyradyana said...

jangan hampir jatuh, kerana Dia selalu ada memaut kemas. TC my love.

P.S said...

DYRA:

x0x0x0
:')